Wednesday, October 27, 2010

EMPAT BELAS

Sengaja, itu perkataan yang paling sesuai dengan tindakannya mengambil cuti di tengah-tengah minggu. Siap berpakat dengan housematenya lagi.

"So, hari ni, kita layan duk rumah je. Okay? aku nak habiskan semua cerita yang belum habis ditengok." Hafeeza bersuara sebaik bangun daripada tidur.

"Achik, aku nak layan kemas lemari dulu, lepas tu aku fikir nak buat apa. Nih kita nak makan apa nih?"

"Tetiba rasa nak makan bibimbap."

"Kau ni gila apa? Pagi-pagi ni mana ada Restoran Korea bukak lagi? Kau ingat kau ada kat Korea ke ni?"

"Hehehe, apa kata kita buat projek masak makanan Korea, nak tak?"

"Nak masak apa?"

"Apa ye?"

"Tubboki?!!" mereka berkata serentak.

"Mana nak cari bahan?"

"Malasnya nak pergi sampai Ampang. Macam mana ni?"

"Aku pun malas, kimbap je la."

"Hmmm" Aflah mula berfikir.

"JUsco sure ada bahan dia, jom kita keluar kejap cari."

"Arrrghhh, bukan kita tak nak keluar ke?"

"Dah tu, macam mana bahan-bahan tu nak datang kat kita?"

"Cancel lah, cari menu lain."Hafeeza mula bergerak menuju ke arah sofa.

"Cettt, apa nak makan?"

"Apa ada dalam peti ais?"Hafeeza bertanya sambil berbaring di atas sofa di ruang tamu.

"Hmmm, ada ayam, ada udang sikit ada pau, ada daun sup, ada kubis." Aflah menjawab setelah menilik setiap benda yang ada di dalam peti ais.

Hafeeza diam berfikir.

"Masak apa ni?" Aflah bersila pula di hadapan peti ais yang terbuka sambil berfikir apa yang boleh dimasaknya.

"Pajeon?" Aflah mengusul sambil berpusing bagi mendapatkan pendapat Hafeeza.

"Hmmmm, bolehlah. pajeon. Kau buat. Aku nak pergi mandi." Hafeeza

"Iyelah." Aflah menjawab lemah tapi mula mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat pajeon. Pajeon atau Korean pancake atau lempeng dalam bahasa melayu, diadun menggunakan tepung, telur, air dan bahan-bahan tambahan lain seperti udang, bawang dan daun bawang.

Selesai membancuh bahan-bahan untuk pajeon, Aflah mula memanaskan kuali leper untuk menggoreng pula. Kebiasaannya, Pajeon digoreng dengan saiz yang agak besar, namun Aflah lebih suka menggorengnya dalam saiz pancake, kecik-kecik dan comel-comel. Hafeeza sudah siap mandi ketika Aflah mengangkat pajeon terakhir dari dalam kuali.

Hafeeza datang mencubit salah satu pajeon yang telah siap.

"Kau ni tak nak mandi ke apa?"

"Nakkk, kejap lagi la." Aflah menjawab malas.

"Tak senonoh, patutlah tak ada siapa nak."

"Yang kau senonoh sangat tu, dah ada orang nak ke?"

"Ada, aku je yang tak nak."

"Haah, betullah jugak. Guard Bangla kat bawah tu."

"Suka-suka hati kau je erk." Hafeeza membalas dengan nada geram, ditangannya dibimbit bakul berisi cadar dan selimut untuk dibasuh.

Siap mengemas dapur yang telah digunakan untuk menyediakan dan menggoreng pajeon, Aflah beralih ke sofa di ruang tamu dengan membawa sepiring pajeon bersamanya.

"Tadi kata nak kemas almari." Hafeeza menegur Aflah sambil menolak kaki kawannya yang sedang santai berbaring di atas sofa sambil mengunyah pajeon.

"Makan duduk la kot ye pun makcik."

"Hehehhe, kau ni memang ratu membebel betul la."

"Cerita apa tu?" Hafeeza tidak mengambil kisah apa yang dirungut Aflah.

"Bad Guy."

"Best ke? tengah airing kat Korea ke?"

"Dah habis dah. So far okaylah, macam menarik, hero macam hensem je."

"Episod berapa dah ni?"

"Baru Episod 7."

"Lalu kejap, bagi aku tengok sinopsis dan komen viewers kejap."Hafeeza menolak Aflah ketepi dan mengambil alih laptop yang sedang memasang cerita Korea itu. Aflah sengaja menyambung laptopnya ke televisyen supaya dapat menonton dengan lebih puas di skrin yang lebih besar.

"Aish, spoiler la kau ni. Nak tengok-tengok je la, karang ada yang kau main terjun ke episod akhir terus." Aflah memberi laluan kepada Hafeeza untuk membaca sinopsis cerita yang sedang ditayangkan.

"Itu kau, bukan aku." Hafeeza memulangkan paku buah keras sambil matanya menatap skrin laptop. Khusyuk dia seketika membaca sinopsis dan komen-komen yang ditinggalkan oleh penonton-penonton yang sudah menonton cerita itu.

"Aishhh, hero mati last-last. Tak nak la tengok."

"Ha? mati ke? Apa la diorang ni buat cerita hero mati, hilang mood aku nak tengok." Aflah menyambung dengan nada kecewa, matanya turut memandang sambil lalu ke arah page yang sedang dibaca Hafeeza.

"Hero dia kena report masuk army service, tu kan yang diorang kena habiskan cepat cerita tu." Hafeeza menambah.

"Cehhhh, malas la aku. kau cari cerita lain. Aku nak pergi mandi. Kau dah banyak download kan? Aku main tengok streaming je, buat penuh external hard disk aku je kalau download pun."

"Adalah tiga empat cerita, kau nak tengok yang mana dulu?'

"Mana-mana pun tak apa, yang penting tak nak yang sedih-sedih."

"Okay-okay, aku tengok jap. Pergilah mandi cepat."

Aflah sudah berlalu ke dalam bilik sewaktu Hafeeza menjawab saranan Aflah.

Setengah jam kemudian, setelah penat bertekak cerita apa yang hendak ditonton, akhirnya mereka menonton program realiti yang telah diulang berkali-kali. Walaupun telah berulang kali ditonton, reaksi mereka masih sama setiap kali sesuatu yang melucukan terjadi.

"Geramnya aku tengok budak ni, comelnya. Kenapa la ada lelaki comel?" Hafeeza bersuara sambil matanya tak lepas dari memandang rancangan yang mereka tonton.

"Lelaki comel, kau ni. Bukan main handsome lagi mamat tu kau kata comel. Handsome and tough, waaaa jealous aku tengok minah tu." Aflah memberi respon dalam nada yang tak beremosi, tidak sesuai dengan ayat yang dituturkannya.

"Comelnya, kalau dapat buat teddy bear, bagus ni, comellll." Hafeeza menyambung lagi ayatnya tanpa menghiraukan respon daripada Aflah.

"Teddy bear? agak-agakla, Orang tu manusia. Haram ooo."

"Yang kau duk mengadap je dia tu, tak apa?"

"Aku tengok je, seronok tengok the way they treated each other, tak adalah sampai nak buat teddy bear. Hehehhehe."

"Cehh, tapi comelnyaaaa." Hafeeza masih belum sudah-sudah jugak kekagumannya terhadap rupa artis yang sedang ditonton itu.

"Tiba-tiba, aku teringat seseorang." Hafeeza bersuara dan menyambung lagi.

"Budak Comel tu."

Aflah hanya memandang dengan muka musykil.

"Budak baru kat ofis kau tu."

"Ha?????" Aflah kembali menatap wajah artis yang ditonton dan mula berfikir.

"Kat mana sama pun aku tak tau, semua lain. Kecuali tinggi dan cerah la kot. Yang lain mana samanya, kejap-kejap aku pun tak ingat mana rupa dia macam mana. kau baru sekali tengok dah hafal semua ke kat muka budak tu?"

"Tang comel la yang sama, tak kira la kalau yang lain tak sama pun, tetap comel."Hafeeza menjawab sambil tersengih.

"Aku rasa aku tau kenapa dua-dua tu kau rasa comel, sebab dua-dua masih muda okay. Tak banyak masalah lagi nak fikir, bukan macam kita ni. Hidup pun dah dekat tiga puluh tahun, banyak benda nak kena fikir." Aflah menjawab panjang lebar sambil matanya kembali menatap skrin tv, sesekali terdengar mereka tergelak kerana aksi-aksi lucu yang ditayangkan di dalam rancangan We Got Married itu.

"Yang couple baru pun best jugak, hari tu aku ada tertengok yang YongHwa dengan SeoHyun, macam menarik je."

"Tertengok?!!!" Hafeeza bertanya dengan muka tidak puas hati.

"Hehehhe, duk browsing hari tu ternampak pasal kisah diorang, so aku tengoklah satu episod, ada tiga couple baru sekarang."

"Haaaa, tiga? sape? Aku ingat dah tak ada dah rancangan ni."

"Tu la, aku ingat pun dah habis, yelah dah dekat dua tahun since rancangan ni mula."

"Betul-betul, lama sudah rupanya rancangan ni dan kita masih lagi duduk mengegek menonton berulang kali, Diorang semua ni pun dah jadi makin-makin kaya sebab popular, kita gak duk takuk lama."

"Takuk lama? Betul-betul, dua tahun lepas dan sekarang, kau masih sama sibuknya dan kita masih sama-sama single. Aishhhh kau buat aku jadi sedih di saat aku nak merehatkan minda ni kenapa?" Aflah tiba-tiba bertukar emosi.

"Sibuk nak beremosi pulak dia. Tapi betullah, bila lah kita nak beralih takuk ni?"

"Hahaha, takuk mana lak kita nak naik lepas ni ye?"

"Soalan paling popular sejak lima tahun lepas."

"Bila lagi kau nak kahwin?" Mereka bersuara serentak dan disusuli oleh gelak tawa mereka sendiri.

"Dah nak masuk umur 30 ni aku naik cuakla, ada lagi ke orang nak, masa umur dua puluhan pun tak ada orang nak ni kan pulak tiga puluhan."

"Aishhh, jodoh kat tangan Dia kan, tak ada yang mustahil. Ada tu, belum timbul lagi."

"Nasib baik kau kata belum timbul lagi, kot kalau kau kata belum lahir lagi."

Mereka kembali ketawa dengan bicara mereka.

"Dapat macam Hwangbo ni pun best jugak, dapat yang muda." Kata Hafeeza sambil melihat gelagat pasangan yang paling popular sewaktu rancangan itu berada di kemuncaknya pada tahun 2008 itu.

"Beranganlah cik, tapi kalau dapat memang betul-betul bestlah, Kim Hyun Joong tu dah kaya gila sekarang, hari tu aku ternampak gambar kereta dia, wahhhhh Porsche apa entah, nak google balik dah malas. Semua sebab rancangan ni, kita yang menonton ni ada makin kaya tak duk ulang sampai tiga empat kali?"

"Kayaaaaaa, kaya hutang." hafeeza menjawab dengan sarkastiknya.

"Itu tak payah cakaplah, buat semak minda fikir."

"Hahahha, wahh dan zuhur dah?" Hafeeza terhenti gelak sebaik terdengar laungan azan dari surau yang berdekatan.

Aflah memandang jam dinding lalu pantas memilih butang pause di skrin komputernya. Masing-masing diam sehingga azan selesai.

"Dah-dah, jom solat dulu. Pastu kita fikir nak buat apa seterusnya." Aflah bersuara smabil menarik tangan Hafeeza.

"Fikir apa? sambung lagilah." Hafeeza buat-buat tidak bergerak ditarik Aflah, tidak bersetuju dengan rancangan Aflah yang tidak mahu menyambung menonton rancangan tersebut selepas solat nanti.

"Dahla, penat dah aku, bukan penat tengok tapi penat sambil tengok sambil fikir nasib diri." Aflah melepaskan tangan Hafeeza dan menuju ke bilik air.

"Hahhaha, siapa suruh fikir? orang suruh tengok je."

"Mengata orang, yang dia sama tumpang beremosi tu."Aflah menjawab dari dalam bilik air.

"Hehehh, aku emosi je lebih tak lah sampai berfikir bagai nak rak."

Akhirnya Hafeeza bangun juga setelah tiada reaksi daripada Aflah, mungkin Aflah sedang mengambil wudhuk.

Usai Zuhur secara berjemaah, Masing-masing sibuk duduk menatap laptop masing-masing, akhirnya yang tinggal hanya Aflah yang sedang khusyuk melihat cerita yang telah dimuatturun oleh kawannya sementara Hafeeza sudah lena diulit mimpi di siang hari.

TIGA BELAS

Pagi Isnin yang sangat mengecohkan buat Aflah dan seisi warga Akaun. Kamil cuti sakit kerana terseliuh sewaktu bermain futsal. Athiyah cuti kecemasan kerana datuknya meninggal. Encik Ferhad berada di luar kawasan. Kak Madihah pula memang dari awal-awal telah memohon cuti tahunannya.

Nadia datang memberitahu, bank baru saja menghubunginya mengatakan borang untuk memohon permohonan kredit tidak diisi dengan betul. Kalau hendak diproses pada hari ini juga, borang perlu diserahkan sebelum pukul sebelas setengah. Sudahlah dia pula ada temu janji dengan Setiausaha Syarikat pada pukul satu tengah hari dan dia pula perlu menghantar dokumen yang diambilnya daripada Setiausaha Syarikat ke bank lain di Wangsa Maju sebelum pukul tiga petang. Pening kepala Aflah memikirkan mana nak isi borang lagi, nak mencari Dato' Azman untuk mendapatkan salah satu dari tandatangan yang disahkan. Akhirnya Aflah berjaya menghubungi Dato' Azman. Dia meminta Aflah untuk berjumpa dengannya di KL pada pukul sepuluh setengah pagi. Maknyanya, dia perlu berkejar ke Kuala Lumpur dan kemudiannya ke Petaling Jaya sebelum berpatah balik ke Kuala Lumpur untuk temu janjinya. Terduduk Aflah memikirkannya.

Aflah hanya memberitahu apa yang terjadi kepada Encik Ferhad melalui email. dan pendek sahaja balasan yang diterima daripada bosnya itu.

'Kindly arrange for the resubmission'

'Waduuh, waduh kot kalau tindakan untuk melaksankan arahan itu seringkas ayat itu, tak apalh jugak.' Aflah menrungut di dalam hati.

"Kak, form dah isi. Akak check dulu kak."

Aflah menyemak setiap butiran yang diisi sebelum menurunkan tanda tangannya.

"Liana, kamu free tak? ikut akak ke Kl kejap, nanti kamu turun hantar dokumen akak pusing-pusing. Waktu-waktu macam ni susah nak dapat parking." Aflah mengajak Liana untuk menemaninya.

"Kenapa pulak saya nak kena buat kerja bahagian payable ni kak?"

"Akak mintak tolong sebab tak ada orang, Liana."

"Kak Nadd ada tu."

"Tak apalah Liana, it's okay." Keras bunyi nada suara Aflah. Dia terus meletak gagang telefonnya sebaik menamatkan ayat itu. Dia malas untuk membuang masa menerangkan benda yang tidak ingin difahami oleh sesetangah pekerja di situ.

"Saya dah siapkan kerja yang akak bagi hari tu, sekarang saya tak ada kerja urgent. Nak saya temankan akak ke?" Tiba-tiba Nuwair datang menawarkan diri.

Aflah memandang Nuwair kosong. Lama dan akhirnya mengangguk. Dia tiada pilihan. Kalau Kamil ada senang untuk dibawa berunding. Dicapai segala apa yang perlu dibawanya. Nuwair juga bersiap untuk keluar.

"Kak, dah bawak semua? Cop syarikat yang Dato' Azman pesan Kak?"

Aflah hanya mengangguk dengan pertanyaan Nadia. Nuwair mengekor langkah laju Aflah.

Nuwair hanya berdiam diri dari awal masuk kereta sehinggalah kereta bergerak. Dia tidak berani untuk menukar mood Aflah. Aflah hanya mula bersuara sebaik sampai di hadapan Hotel Nikko.

"Akak masuk jumpa Dato' awak tolong cari parking ke, pusing-pusing ke. Nanti dah siap Akak call." Aflah terus keluar daripada kereta sebaik menyudahkan ayatnya.

Nuwair memandang Aflah berlalu, dia beralih ke tempat pemandu. Dibawanya kereta itu ke tepi, dia bergerak saat diarah bergerak oleh pekerja hotel dan berpusing balik ke tempat Aflah turun tadi. Dia risau sekiranya Aflah tidak dapat mencarinya. Setelah masuk pusingan ke empat, Aflah keluar saat dia betul-betul ingin bergerak berpusing lagi. Dilambainya Aflah yang kelihatan mencari-cari keretanya.

"Tak parking je ke?"

"Penuh." Ringkas jawapan Nuwair

"Dahtu? awak berpusing jelah dari tadi?"

Nuwair mengangguk

"Berapa kali awak pusing?"

"Empat je."

"Tak tunggu je kat tepi sebelah sana, nanti akak call kalau siap."

"Akak ada nombor saya ke?"

Aflah kelihatan memandang ke atas sambil memikirkan sesuatu sebelum menjawab dengan persoalan.

"Tak ada ke?" Dia mula membelek-belek senarai nama di dalam telefon bimbitnya.

"Haah, tak adalah. Bagi cepat, akak save." Aflah mengarah tegas.

Nuwair menyebut nombor telefon bimbitnya sambil memandu menuju ke Petaling Jaya. Selesai Aflah menyimpan nombor telefon bimbit Nuwair, dia sibuk pula menyemak borang yang baru ditandatangan oleh bos besarnya itu.

Mereka sampai di hadapan bank waktu jam menunjukkan pukul sebelas lapan belas minit pagi. Kesesakan yang teruk di Lebuhraya Persekutuan melambatkan pergerakan mereka.

Dan seperti biasa, Aflah sememangnya main aci keluar sahaja sebaik sampai di hadapan bank. Nyaris terlanggar dengan orang yang hendak keluar dari bank. Nuwair hanya mampu menggeleng kepala perlahan melihat tingkah orang atasannya itu.

Sesi kejar mengejar mereka belum selesai, dari Petaling Jaya mereka kembali ke Kuala Lumpur sebelum bergegas ke Wangsa Maju. Selesai segala urusan, jam sudahpun menunjukkan pukul dua empat puluh lima minit petang.

"Kita Zuhur dululah Kak. Kat depan ada masjid." Aflah mengangguk dengan ingatan oleh Nuwair itu.

Selesai Zuhur, Aflah merasa seperti hilang segala beban yang dipikul dari pagi tadi. Dan wajahnya kelihatan sedikit tenang.

"Bak kunci, Akak pulak drive, kesian awak dah kena kejar ke sana ke sini."

"Akak yang berkejar, saya duduk je kak. tak keluar peluh pun saya ni. Tak apalah saya drive sampai balik."

"Betul ke ni? Akak memang dah tak larat ni."

"Tak apa, boleh."

"Tapi apa-apa pun, kita makan dulu. Dah pukul tiga lebih, karang tak saja-saja akak kena saman dengan mak bapak awak haruk orang ke sana ke mari tak bagi rehat." saran Aflah sebaik mengambil tempat duduk di sebelah pemandu.

"Saya budak kecik ke Kak?" Nuwair bertanya smabil tersenyum.

"Manalah tahu." Aflah menjawab santai.

Selesai makan, mereka kembali ke ofis. Saat tiba di pejabat, Aflah merasakan hampir tiga perempat tenaganya sudah digunakan. Dia pulang tepat pukul lima setengah petang pada hari itu.

DUA BELAS

"Kau balik bila?" tanya Hafeeza sebaik mengambil tempat duduk di sebelah Aflah saat Aflah datang menjemputnya di Putrajaya Sentral seawal pukul lima setengah pagi.

"Petang semalam."

"Ni kau tidur ke tak muka semacam je ni?"

"Aku tidur awal, pukul lapan empat puluh aku dah tidur, selesai Isyak terus aku tertidur atas sejadah. Sedar-sedar dah pukul tiga setengah. Bangun teruslah. Risau takut tak dengar masa kau call."

"Pastu kau buat apa tadi?"

"Buat apa yang patutlah. Mengadap The Only One kejap, pastu layan Family Outing."

"Dah agak dah. yang part hujung tu yang lebih tu."

"Sempat satu episod je pun, baru nak play yang kedua, kau dah call. Terus keluarlah aku."

"Ni nak tidur balik ke tak ni?"

"Nak kot, subuh pastu nak lelap kejap. Kau nak sambung tidur ke ni?"

"Maunya tak, sakit satu badan aku. Dapat entah lelaki mana yang tidur tak duduk diam sebelah aku, nak tidur pun tak selesa."

"Kau tak ambik yang satu seat?"

"Tiket tak banyak. Ada pun dah kira nasib baik."

"Hmmm, Mak Abah kau sihat?"

"Sihat, haah diorang kirim salam, sibuk tanya bila lagi kau nak datang sana."

"Diorang je yang ajak, kau tak ada hati dan perasaan pun nak ajak aku."

"Tak ajak pun kau selalu je buat muka tak faham ikut aku balik."

Aflah hanya menjelirkan sedikit lidahnya sebagai reaksi dengan pernyataan Hafeeza. Mereka tiba di rumah saat orang mengalunkan azan subuh. Usai solat subuh kedua sahabat masing-masing terbaring di atas katil mereka.

..........................................................................

Akhirnya setelah hampir tiga minggu mengadap soalan-soalan audit yang tidak henti kunjung tiba, petang tadi Aflah mendapat email yang menyatakan jawapan dan dokumen yang disediakan oleh mereka sudah lengkap. Aflah menarik nafas lega buat seketika kerana tahu, pasti esok akan datang pula soalan-soalan untuk tujuan percukaian.

Sebagai meraikan selesainya sesi memerah minda, Aflah mengajak seluruh warga Akaun untuk makan.

"Alang-alang belanja, carilah yang best-best."

"Kau ingat gaji aku lima angka ke apa?"

"Entah, orang belanja dah cukup baiklah kamu ni Kamil, nak harap bos kita? Belanja air pun belum tentu." Kak Madihah bersuara.

"Thanks Kak Ma." Aflah berterima kasih kepada kakak paling lama bekerja di situ kerana mempertahankannya.

Mereka tiba di sebuah restoran masakan panas. Kali ini mereka memesan makanan berhidang.

"Kau tak makan ketam? Ruginya kau." Kamil masih sibuk mengusik Aflah.

"Tak apa, aku dah banyak makan ketam zaman kecik-kecik."

"Athiyah, Sara, Nadia, makan-makan. Kakak korang tak makan ketam. Nuwair ambiklah, banak ni" Kamil mempelawa semua orang makan.

"Kau pun tak makan ketam ke Nuwair?"

Nuwair hanya tesenyum sebagai jawapn kepada persoalan Kamil.

"Eloklah kau berkawan dengan kakak kau ni, dai ni banyak lagi pantang larang."

"Aishhh menyibuk sangat kau hari ni, kenapa ?" Aflah buat-buat bengang dengan Kamil, padahal bukannya dia kisah sangat dengan perangai Kamil yang suka menyakat dia tu.

Habis licin segala macam yang dipesan, bagai ombak dilanda badai, licin bersih. Selesai makan, mereka kembali ke pejabat.

SEBELAS

Kereta yang agak banyak di atas lebuh raya Kuala Lumpur Seremban membuatkan Aflah mengambil keputusan untuk keluar melalui tol Bangi. Itupun, masih juga banyak kereta yang beratur di lorong Tunai. Setelah hampir dua puluh minit menunggu, Aflah akhirnya melepasi plaza tol Bangi. Sewaktu menghampiri Warta, dia tiba-tiba teringatkan nasi beriyani mamak yang terletak di tingkat bawah kompleks membeli belah itu. Lantas dia merapatkan keretanya ke lorong kanan sebelum membelok ke Warta. Hari Selasa cuti umum, agak penuh tempat letak kereta. Aflah akhirnya mendapat tempat letak kereta betul-betul di bahagian tepi bangunan Warta.

Sedang dia sibuk memilih lauk untuk dibungkusnya, seseorang datang menegurnya dari arah tepi.

"Jauhnya cari makan kak." Dia berpaling sebaik merasakan orang itu menegurnya.

"Eh, aaaa, taklah. Akak on the way balik dari Seremban."

"Oooo, akak orang Seremban ke?"

"Haah. Kamu dari mana?"

"Cari Charger handphone" Jawab Nuwair ringkas sambil menunjukkan plastik yang berisi charger.

"Haaa, oh ye kamu duduk kat Bangi ni kan?"

"Haah." Nuwair masih berdiri di sebelah Aflah walaupun mereka sudah tidak menyambung bicara.

"Akak nak balik ke?"

"Dah sampai sini, ingat nak tengok-tengok kejap."

Nuwair terangguk-angguk sambil mengekor Aflah, sewaktu Aflah ingin membayar makanan, kebetulan Mamak yang menjaga kaunter tidak mempunyai duit tukar lima puluh. Nuwair menawarkan untuk membayar untuk Aflah.

"Esok Akak bayar ye."

"Tak apalah kak, Akak pun pernah belanja saya jugak."

"Alahai, berapa sangatlah yang Akak belanja."

"Samalah kak, berapa snagatlah harga nasi tadi tu. Tak apa lah Kak. Bukan selalu dapat belanja Akak."

Aflah hanya tergelak nipis dengan bicara Nuwair. Tanpa sedar Nuwair mengiringi Aflah dari satu gerai ke satu gerai yang lain.

"Beli charger je ke?" Aflah bertanya untuk memecah sepi juga untuk menghindarkan suasana kekok di antara mereka.

"Haah, hari cuti anak saudara semua ada kat rumah. Dibuatnya charger jadi pancing kat kolam ikan."

"Ha? wah kreatif ye diorang. Memang tak ada harapanlah untuk diselamatkan."

"Itulah, diorang balik je tadi. Terus keluar, datang sini. beli awal-awal sure nanti diorang main lagi."

"Anak saudara berapa orang?"

"Tiga. Kembar lelaki dengan seorang perempuan."

"Wah, umur berapa?"

"Yang kembar empat tahun, yang adik tu nak masuk dua tahun."

"Woish, memang tengah lasaklah tu. Mesti kecoh je."

"Memang, balik tiga beradik macam balik satu batalion."

"Hahahha. Satu batalion" Aflah ketawa lepas mendengarkan perkataan batalion yang digunakan Nuwair.

Nuwair tersenyum nipis dengan reaksi Aflah.

"Akak ada anak saudara tak?"

"Ada, sama macam Nuwair. Dua lelaki, satu perempuan. Yang perempuantiga tahun, yang lelaki semua kecik-kecik lagi, satu tahun dengan dua tahun. Tak terer lagi nak reka mainan pelik-pelik."

"Haah, betullah tu. Tunggulah lagi setahun dua, habislah semua barang dijadikan mainan diorang."

Aflah senyum lagi.

"Okaylah, dah enam setengah pun. Akak nak bergerak dululah. Kamu ada nak pergi mana lagi ke?"

"Tak ada dah. saya datang memang cari charger ni je kak."

"Hhmmm, okaylah. Akak gerak dulu."

"Akak parking kat mana?"

"Tepi tu je, depan kedai hardware sana tu." Aflah menuding ke arah tempat letak keretanya sebaik keluar dari bangunan Warta. Nuwair masih mengekorinya.

"Selalu ke Akak datang sini?"

"Sini? tak jugak. Sesekali. Kalau saja-saja nak datang tu tdaklah. Ni sebab alang-alang lalu tadi, singgahlah sekejap."

"Oooo."

Aflah sudah sampai ke keretanya, Nuwair hanya memerhati Aflah menaiki kereta dan mengangkat tangan sebelum mengucap selamta tinggal kepada Aflah.

Hilang kereta Aflah di sebalik selekoh, barulah Nuwair bergerak ke tempat letak motorsikalnya.

SEPULUH

Aflah pulang tepat pukul lima setengah pada petang itu. Dia mengambil peluang cuti hujung minggu dan cuti umum pada hari Selasa depan untuk pulang ke kampungnya. macam jauh sangat je kampungnya. Tapi kampung ke? Taklah pekan kelahirannya Seremban. Tapi walaupun tak sampai sejam perjalanan, kalau dah asyik kerja hujung minggu dan kerja sampai malam saja hampir setiap minggu sejak tiga bulan lepas, manalah dia ada masa untuk balik.

"Woii, kau silap tengok jam ke apa?" Kamil menegur Aflah sebaik melihat Aflah berlalu melepasi mejanya.

Aflah hanya mencebik dan bergegas keluar. Dia ingin sampai awal ke rumah ibu bapanya. Kalau terlambat pasti kesesakan yang teruk terpaksa diredahnya di pekan Seremban nanti.

"Mak, kakak dah nak gerak ni. Nak Kakak belikan apa-apa ke?"

"Kakak kat mana dah ni?"

"Depan ofis lagi ni."

"Tak payah beli apa-apalah. Balik je lah."

"Okay mak."

Setelah menamatkan panggilan Aflah bergerak pulang. Pemanduannya bertemankan lagu-lagu dari radio Sinar. Hampir setengah jam kemudian dia berhenti di kawasan R&R Seremban. Dia mengisi petrol dan membeli donut untuk anak-anak buahnya. Kalaupun diorang tidak datang malam ini, Aflah telah berkira-kira untuk pergi menjenguk mereka di rumah abangnya di Senawang.

Aflah memasuki perkarangan rumah teres dua tingkat milik orang tuanya saat jam di dashboard kereta menunjukkan angka enam lima puluh lima petang.

"Assalamualaikum." Aflah menyapa bapanya sebaik keluar dari kereta.

"Waalaikumsalam. tak banyak kereta ke?"

"Biasa je yah. Mak mana?"

"Tadi ada duk sibuk kutip terung nak masukkan dalam asam pedas."

"Asam pedas??? Wah Mak memangla, saja je tak nak bagi orang diet."

"Nak diet apanya kalau badan pun entah mana isinya."

"Heheheh, nak kena diet jugak ayah. Jaga kesihatan. Umur dah nak masuk tiga puluh ni."

"Iye ajalah kamu tu, dah masuklah. Dah nak masuk Maghrib pun. Ayah nak ke masjid ni."

"Okay ayah. Masuk dulu ye."

Sebaik saja masuk ke dalam rumah, aroma asam pedas sudah mula menusuk ke hidungnya.

"Assalamualaikum mak, wah bestnya, ikan apa mak?"

"Ikan parang."

"Waaaaa, i love you lah mak." Aflah menjerit riang sambil memeluk ibunya.

"Aish, mengalahkan Aisha dengan Aiman ni."

"Hhahah, diorang tak ada, ambik peluanglah mak. diorang tak datang mak?"

"Adib kata lepas maghrib dia datang."

"Wah bestnya, Izah kerja malam ke mak?"

"Haah, Izah kerja malam katanya. Malam ni last."

"Aaaaa." Aflah terangguk-angguk sambil tangannya sibuk menyenduk asam pedas ke dalam mangkuk.

"Nak ratahlah tu?"

"Nak rasa jelah mak."

"Aishh, perangai mengalahkan budak-budak."

"Heheheh."

"Dah makan cepat-cepat, dah nak maghrib ni, mandi lepas tu solat. Nanti kita tunggu ayah dengan Adib sampai, lepas tu kita makan sama-sama."

"Baik Mak." Aflah menjawab gaya skema. Puan Maimunah hanya mampu mengeleng dengan perangai anak sulongnya yang langsung tak ada gaya anak sulong yang dah nak masuk umur tiga puluh tahun hadapan.

.....................................................

"Maklong, Kenapa baju Aisha ni tak ada kelip-kelip?"

"Haaa? nak kelip-kelip macam mana lagi? Tu kan dah ada bunga tu?"

"Ini bukan baju princess ni maklong." Petah betul si kakak yang berusia tiga tahun itu bercakap.

"Sesekali, princess pun kena pakai baju biasa, nanti prince charming tak suka."

"Ye ke Maklong?"

"Betullll."

"Kakak ni kan, dah cukup pening Adib layan kerenah dia kak, karang kakak ajar benda baru maunya diminta baju yang 'biasa-biasa' pulak karang."

"Nasib engkaulah Dib, dapat anak raja sorang ni hah. Aiman jugak best kan?"

"Haah, Aiman bessshhh ayong." Si pelat Aiman sibuk jugak nak menjawab.

"Ibu eyi Aiman uku ayong." Aflah tidak mmpu menahan ketawanya mendengar patah-patah yang keluar dari mulut Aiman, dahlah lambat-lambat, habis huruf depan turut dipenggalnya.

"Wah, buku apa ibu beli untuk Aiman?"

"Uku eeaesor."

"Ha?" Aflah tercengang mendengar jawapan Aiman.

"Buku Inasoror la Maklong."

"Aduh, tambah pening maklong macam ni."

Adib yang dah tak mampu menahan gelak dah hampir terguling-guling atas sofa waktu melihat muka kakaknya bertukar musykil dengan jawapan kedua-dua anaknya itu.

"Kak, kalau terer, trylah teka Kak." Adib masih menahan gelak.

"Apa ke bendanya Dib?"

"Dinosaurlah."

"Haaaa???" Akhirnya dengan Aflah-Aflah sekali tergolek-golek menahan gelak.

Macam-macam yang cuba diceritakan oleh anak-anak saudaranya itu. Aflah, Adib dan kemudiannya disertai oleh Mak dan Ayahnya hanya mampu ketawa dengan bicara mereka.

........................................................................

"Tak tunggu makan ke?" Puan Maimunah bertanya sewaktu Aflah sedang mengemas beg pakaiannya untuk pulang.

"Tak kot, orang cuti panjang ni, sure jam jalan nanti. Rimas lah bergerak macam semut nanti."

"Ha yelah. Nanti kirim salam Feeza. Dia pun sampai bila?"

"Pagi esok Kakak ambik dia kat stesyen bas."

"Malam ni tidur sorang lah?"

"Macam baru sekali tidur sorang aje mak ni."

"Macam mana pun kamu tu perempuan."

Aflah hanya terangguk-angguk sambil tersenyum nakal.

"Ayah, Kakak nak balik dah."

"Bawak kereta jangan duk laju sangat Aflah."

"Baik Ayah."

"kamu tu cakap je baik ayah, baik ayah. Bawak tetap jugak laju."

"Dah tengah pandu kadang tak sedar Ayah."

"Sebab tulah kena beringat selalu."

"Tau Ayah."

"Dah, pergilah balik cepat, karang banyak kereta."

"Pergi dulu Mak, Ayah." Aflah menyalami tangan kedua orang tuanya sebelum bertolak pulang.


"Dah sampai telefon." Emaknya sedikit menjerit sewaktu Aflah sudah mula bergerak. Aflah hanya mampu menjawab dengan anggukan.

SEMBILAN

"Semua tau nak cepat je, ingat kita ni lipan ke?" Qaisara meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Liana.

"Entah, tak habis lagi satu kerja dah ditambah lagi lepas tu suka tanya banyak-banyak kali. Rimas betul." Liana pula menambah.

"Haah, macam dia jelah yang bagus kat sini. macamlah dia seorang je yang kerja kat sini." Qaisara menyambung lagi.

Nuwair hanya mendengar sambil lalu perbualan meereka berdua sambil tangannya masih sibuk menaip senarai barang dan harga stok yang sudah tamat tempoh untuk dilupuskan. Asalnya Liana datang untuk menghantar sesuatu kepada Qaisara dan akhirnya sesi itu telah bertukar menjadi sesi luahan perasaan.

"Nuwair, awak baru kat sini kan? hati-hati sikit ye." Liana mengingatkan Nuwair yang berada di depan tempat duduk Qaisara yang dari tadi kelihatan tidak langsung menunjukkan minat dengan apa yang dibualkan mereka.

"Ha?" Nuwair tercengang kerana tiba-tiba namanya dikaitkan sekali.

"Taklah, awak jangan bagi muka sangat. Tak apa, nanti lama-lama awak tahulah." Liana menyambung.

Nuwair hanya senyum segaris dengan pernyataan Liana.

"Akak balik tempat dululah ye Qaisara, nanti Abang Fatah cari. Customers recon tak habis-habis lagi ni."

"Haaa, okay-okay kak. Kalau ada story, nanti kongsi-kongsi ye kak."

"Boleh. Bye Qaisara. Bye Nuwair." Liana berlalu sambil melambai mesra Qaisara tetapi menukar nada seolah-olah tidak berpuas hati dengan Nuwair. Mungkin kerana penerimaan Nuwair yang hambar dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Awak ni tak ada kaitan dengan Kak Aflah kan?"

"Ha?" sekali lagi Nuwair tercengang dengan soalan yang tiba-tiba itu.

"Awak bukan saudara mara Kak Aflah kan?"

"Kenapa?"

"Tak ada apa-apa. Saya bukan tak suka Kak Aflah, tapi kadang tak selesa dengan kerenah dia."

"Hmmmm." Nuwair tidak menunjukkan minat untuk menyambung perbualan. melihatkan reaksi Nuwair Qaisara akhirnya berdiam diri.

"Kak Aflah training berapa hari?" Nuwair mula bersuara setelah melihat Qaisara membisu dengan reaksinya.

"Entah, dua kot." Kali ini giliran Qaisara pula menjawab dengan nada tidak berminat. Nuwair akhirnya tidak bertanya apa-apa lagi setelah melihat Qaisara sedemikian.

................................................................

"Kau ni, pergi training concentrate kat training jelah, sibuk nak call aku buat apa? Sibuk nak spot check orang je kerjanya." Kamil merungut saat menjawab panggilan daripada Aflah.

"Kalau tak nak dispot check, sila la reply email ye pakcik."

"Nak reply la jugak, nanti-nanti sikit. Tengah buat lagi ni."

"Encik Ferhad tak kejar kau yang depan mata dia, dia duk kejar aku yang sedang mengantuk tahap tak ingat ni ha."

"Dia pun pasang antena apa, tau kau tak concentrate attend training."

"Aku rasa dia letak chip kat mana-mana bahagian kat badan aku agaknya. Time aku mamai je dia sms aku, time aku mula rasa nak sembah meja je dia sms aku. Adeh, tension la aku."

"Hahah, takpun dia hantar spy. Cubalah kau pandang kiri kanan kot ada rupa saudara mara dia ke." Terpengaruh dengan kata-kata Kamil, secara automatik Aflah memandang kiri kanan.

"Lepas lunch email tau. Kau cc kan siap-siap untuk dia. Ni kau makan kat mana ni?"

"Mak Cik Gemuk."

"Wah wah wah, mentang aku tak ada, jauh aja kau berjalan ye."

"Sajalah, time ni la nak mengular pun. Saja bawak Nuwair ni ubah selera."

Nuwair yang dari tadi hanya mendengar perbualan Kamil itu akhirnya memandang ke arah muka Kamil saat namanya disebut-sebut di dalam perbualan telefon itu.

"Ha, ye sangatlah tu. Okaylah, jangan lupa aaaa lepas lunch."

"Tak apa, aku tunggu kau call aku lagi sekali. Karang kau mengantuk pulak kalau tak call aku."

"Woiii" Kamil hanya tergelak saat mendengar suara Aflah yang menahan marah dari hujung sana talian sebelum dia menekan butang menamatkan panggilan daripada Aflah.

"Kakak kau ni pasang antena kau tau? Dia sure tahu kalau aku mengular." Kamil buat-buat merungut sambil tersenyum.

Nuwair hanya tersenyum meleret mendengar ayat Kamil.

"Kau makan tu je ke?" Kamil bertanya sambil matanya melirik ke arah pinggan Nuwair yang hanya berisi nasi putih, ikan sambal dan sayur goreng.

" Dah okay ni bang." Nuwair seperti biasa menjawab ringkas.

"Kau memang tak banyak cakap ye? Aku rasa dah sebulan kau kat sini, tapi jarang-jarang aku dnegar kau bercakap. Jawab pun pendek-pendek je."

"Ha? ye ke bang? Memang macam tu kot bang." Nuwair menjawab hormat. Risau kalau-kalau Kamil ingat dia sengaja untuk tidak bercakap dengannya.

"Hahahha, tak payah cuak-cuak. aku tak kisah pun. Makanlah cepat, nanti masuk lambat Kakak kau yang jasadnya tiada di pejabat tetapi semangatnya sentiasa menghantui tu datang kejar sampai sini karang."

Nuwair tergelak mendengar lelucon Kamil.

LAPAN

"Mil, banyak lagi ke kau punya part tu?"

"Aku baru tengok dua muka surat."

"Woiiii, agak-agaklah. Kau punya part saja dah 25 muka surat, kalau baru dua muka surat kau jenguk, berapa bulan nak siap?"

"Kot ye pun, agak-agaklah bagi kat aku sampai berkajang-kajang."

"Aku ke yang bagi? Auditor yang bagi, yang kau tak bagi masa dia datang audit hari tu kenapa?"

"Ada yang aku dah bagi tapi incomplete kot masa tu."

"Apa-apa pun tengoklah cepat, sambil-sambil aku tengok jugak, yang mana kau kena cari, aku tinggalkan kat kau."

"Aku dah tau, kau mesti tolong aku."

"Saje je tau, memang nak aku buat kan?"

"Hampeh dot com."

"Aku memang sayang kaulah Aflah. Memang kalau tahun ni ada award untuk pekerja paling best, memang aku calonkan kaulah."

"Tak hingin. tapi jangan pulak mentang-mentang aku nak tengokkan jugak, kau tak tengok langsung. Yang memang memerlukan supporting documents tu kau memang kena buat. Tau tak?"

"Iye-iye. aku buat." Terangguk-angguk Kamil menjawab peringatan daripada Aflah.

Aflah berlalu meninggalkan meja Kamil, dia singgah sebentar menegur Kak Nad yang sedang sibuk menyiapkan payment untuk pembekal.

Aflah kemudiannya menuju ke tempat Fatah.

"Fatah, yang Fatah email tu akak dah tengok, dah forward dah kat auditor jugak. Yang lain-lain macam mana?"

"Tengah tengok dan cari kak. Dah mintak tolong Liana cari jugak."

"Bergerak ke tak?"

Fatah hanya mampu mengeleng kepala dengan soalan Aflah. Memahami kerenah Liana, Aflah menawarkan diri untuk bercakap sendiri dengan Liana.

"Liana, Abang Fatah dah bagi ke yang mana Liana patut cari?"

"Haah dah bagi kak. tak sempat lagilah kak. Tengah duk buar customer reconciliation ni kak."

"Recon tu penting, audit queries pun penting jugak. so make sure dua-dua pun awak buat ye. Jawab yang mana boleh dulu. Yang dah jawab email kat akak terus, cc kat Abang Fatah, okay?"

"Saya try kak."

Aflah hanya mampu mengangguk dengan jawapan Liana. lambat-lambat dia beransur ke mejanya. Dia menarik kompilasi soalan-soalan audit yang berada di atas mejanya. Sudah hampir lunyai helaian-helaian awal kertas-kertasnya itu. Ada yang bertanda, ada yang dipangkah, anda yang dibulatkan dan ada yang diletak tanda soal. Banyak jugak jawapan bertulis tangan yang telah dirangka di atas helaian-helaian soalan itu.

................................................................

"Qaisara, busy tak?"

"Nak tukar kod baru Fixed Assets kak."

"Oh, yang En. Ferhad nak minggu depan tu ke? Dah masukkan dalam sistem ke belum?"

"Belum, tengah check kategori semua balik kak."

"Hmmm, tak apalah."

"Akak nak saya tolong ke?" tawar Nuwair apabila melihat Aflah seperti mengharapkan bantuan.

"Dah habis ke jawab audit queries tu?"

"Baru siap hantar email kat akak, tinggal yang mana akak dengan En Ferhad perlu jawab."

"Supporting sekali?"

Nuwair mengangguk.

"Okay, jom!" Aflah mengajak Nuwair ke mejanya.

"Akak dah listkan ledgers yang related to the queries, awak print ledger from the system, then based on date yang akak highlight tu, akak nak awak keluarkan semua dia punya payment voucher. Dah jumpa, scan PV sekali dgn supporting. Make sure scan dokumen untuk satu soalan dalam satu file. Kalau tak susah nak cari nanti. save dekat dalam akak punya folder. The PVs masukkan balik dalam fail selepas discan. Okay? "

Nuwair hanya mengangguk tanpa bersuara apa-apa. Diterima helaian helaian soalan audit yang dihulurkan Aflah dan kembali ke mejanya. Dia kelihatan tekun mencari sesuatu dari komputernya. Aflah kembali mengadap komputer, ada sesuatu yang baru pula yang dipinta daripada Dato Azman, terus daripadanya tanpa melalui Encik Ferhad. Pening kepala Aflah memikirkan ragam bos-bosnya. Digodeknya fail-fail tahun sudah untuk mencari data-data yang diingini Ketua Pegawai Eksekutif Syarikatnya itu.

Tekun mengadap kerjanya membuatkan Aflah leka, tidak sedar jam sudahpun menghampiri pukul lapan malam. Itupun dia hanya menyedarinya saat Nuwair datang menghampirinya.

"Kak, saya dah scan semua save dalam folder akak."

"Oh okay, thanks Nuwair."

"Ada apa-apa lagi ke kak?"

"PVs semua dah masuk fail balik?"

"Dah!"

"I think that's all Nuwair, thank you very much for your help."

"Tak ada apa-apa kak. Semua orang dah balik, akak sorang tak apa ke?"

"Ha? dah pukul berapa ni?"

"Tujuh lima puluh.'

Aflah hanya mampu menepuk dahinya, teringat bahawa dia belum Maghrib lagi.

"Tak apa, kalau dah tak ada apa-apa awak nak balik, boleh balik. Akak nak Maghrib dulu, lepas tu akak balik. Awak dah maghrib ke?"

Nuwair hanya mengangguk sebelum menjawab "baru sudah, naik balik untuk kemas barang."

"Okay, akak pergi maghrib dulu, baliklah." Aflah berkata sambil berlalu, muka Nuwair pun tidak dipandang.

Usai solat Maghrib, suasana pejabat terasa sangat sunyi. Walaupun bukanlah menjadi sesuatu yang asing buat Aflah untuk berkerja bersendirian di pejabat di saat orang lain sudah pulang, tetapi ada masa-masanya timbul juga rasa takut di dalam dirinya. Cuma kadang-kadang diberanikan dirinya, tapi had Aflah hanya pukul lapan malam, kalau bersendirian. Kebiasaannya kalau waktu akhir dan awal bulan atau tahun jabatan itu masih berisi dengan pekerja-pekerja kadang-kadang sehingga pukul sebelas malam.

Langkah Aflah terhenti sebaik dia menghampiri mejanya, terkejut Nuwair berada di tempat duduk depan mejanya.

"Tak balik lagi?"

"Dah nak balik dah, teringat lupa nak listkan apa yang saya dah scankan. Saya tulis atas kertas je dulu, esok saya taip dan email, boleh? Komputer, saya dah shut down."

"Owh, aaa okay."

"Sorry, saya duduk kat meja akak tadi."

"It's okay."

Nuwair memberi laluan untuk Aflah duduk di tempatnya, Nuwair berlalu dari meja Aflah sementara Aflah mengemas meja dan menutup komputernya. Ditulis memo untuk dirinya sendiri untuk mengingatkan dirinya apa yang masih belum siap untuk disambung esok. Selesai segalanya dia mencapai beg sandangnya. Terkejut lagi dia apabila melihat Nuwair masih belum pulang.

"Kenapa?"tanya Aflah musykil.

"Alang-alang nak keluar, sekalilah kak." Nuwair menjawab hormat.

"Aaaaa, ingat ada apa lagi yang awak nak bagitahu."

Nuwair memberi laluan kepada Aflah untuk berjalan dahulu sedangkan dia menuju ke suis utama lampu dan penghawa dingin pejabat. Ditutup segala suis kecuali satu suis yang memang kebiasaannya dibiarkan terbuka. Aflah sedikit menunduk sebagai ucapan terima kasih kepada Nuwair.

Sudah dua minggu lebih sejak Nuwair bekerja di situ, itulah pertama kali dia melihat kenderaan Nuwair.

"Nuwair balik dengan apa?" Aflah bertanya kerana tidak nampak sebiji motorsikal lagi pun yang tinggal di bahagian tempat letak motosikal syarikatnya itu.

Nuwair menuding jarinya ke arah kereta yang diparkir agak jauh ke sebelah kereta Aflah.

"Oh, Nuwair drive ke?"

"Haah, kenapa kak?"

"Taklah, i thought u ride to work"

"Ada masa saya bawak jugak motor kak, tapi ada masa pinjam kereta mak."

"Aaaaa. Okaylah Nuwair, akak balik dulu."

"Oka, akak duk mana kak?"

"Seri Kembangan, tak jauh pun." jawab Aflah sambil membuka pintu keretanya.

"Oooo, yelah tak jauh pun." Nuwair memerhatikan Aflah menghidupkan enjin kereta dan menunggu sehingga enjin keretanya agak panas. Nuwair hanya berlalu setelah kereta Aflah mula bergerak keluar. Aflah hanya mengangkat tangan kepada Nuwair sebelum dia berlalu. Nuwair akhirnya bergerak menuju ke keretanya dan pulang.

Tuesday, October 26, 2010

TUJUH

"Kakak tak balik ke minggu ni?"

"Tak kot, tengoklah lagi dua minggu macam mana. Kenapa? Ada apa-apa ke mak?"

"Taklah, dah dekat dua bulan Kakak tak balik, saja je lah."

"Tengah sibuk sekarang ni mak. Banyak kerja kat ofis, baru lepas audit, banyak kerja nak kena tengok."

"Ha yelah. Bekerja macam dia sorang je yang ada kat syarikat tu. Tiap kali telefon pun duk asyik banyak kerja je, bila masanya yang tak banyak kerja?"

"Hhahaha, kalau sorang je mak, lagilah mak tak dengar langsung suara anak mak ni. duk kat ofis jelah dua puluh empat jam."

Puan Maimunah hanya tergelak mendengar jawapan Aflah.

"Tak ada sapa balik ke mak?"

"Alisha balik minggu lepas. Ada kursus dekat sini, tu yang sekali dia menyinggah."

"Aaaa, Aisha dengan Aiman tak datang?"

"Hari ibunya kerja malam datanglah diorang tidur sini."

"Okaylah tu, adalah jugak orang. Adib sekali lah ye?"

"Haah, mujur sangatlah kalau dia nak tinggalkan je si Aiman dengan Aisha tu kat sini. Aiman kan dah boleh cakap, becok sungguh mulut. Macam-macam nak dibualkannya"

"Hahahha, sure comel, wah dah lama tak tengok budak debab tu. Makin debab ke mak?"

"Maunya tak, makan tak tolak apa, apa yang orang sua, semua dia capai."

"Ish, geram betul dengan budak tu. Aisha tak bising pulak adik dia becok?"

"Bergaduh aje, manjang tak puas hati dengan adiknya tu."

"Haah, dah gaya ala princess, biasalah. Hari tu ada belikan dia baju, tak sempat-sempat nak pos. Nantilah kakak buat balik sekali. Entah muat ke tak. Naik ke badan dia mak?"

"Siapa? Aisha? Duk tara tu jugak. Naik kot mananya, makan memilih gaya ayahnya."

"Haah, fussy tak ingat tempat. Memang betul anak ayah lah tu. Nasib baik si Aiman tak mengikut sekali."

"Itulah pasal."

"Oklah mak, dah nak pukul lapan nih, nak keluar pergi kerja dah. Mak masak ke pagi ni? Ke Ayah beli nasi je?"

"Tak ada orang, nak beli apa? nak masak apa? Nasi lebih semalam ada lagi, hangatkan yang tu je. Kamu dah minum ke ni nak keluar?"

"Kat ofis jelah mak, minum milo dengan biskut oat nanti. Oklah Mak, kirim salam ayah, adib, izah dan budak dua beradik tu ye mak. Nak siap-siap dah ni."

"Ha yelah, elok-elok bawak kereta. Jaga diri, jangan lupa makan. Assalamualaikum."

"Iye mak, waalaikumsalam."

Aflah menamatkan panggilan kepada emaknya sebelum bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Rutinnya setiap dua minggu sekali, menelefon emaknya sebelum ke tempat kerja. Selesai bersiap, dicapainya kunci kereta dan keluar.

ENAM

"Achik, kau tak rasa nak keluar ke ni?" Hafeeza hanya memandang sepi dengan pertanyaan Aflah.

"Achik!!! kau tak nak keluar ke?" Aflah mula naik bengang dengan rakan serumahnya yang merangkap partner in crimenya sejak dari zaman belajar.

"Nak pergi mana? Malaslah, sayang nak tinggal katil." lambat-lambat rakannya itu menjawab sambil masih duduk berbaring senang di atas katil bujangnya, laptopnya masih memutarkan koleksi lagu-lagu Korea kegemarannya.

"Mana-manalah. Lapar ni, kita keluar makan, pusiang-pusing kejap, lepas tu baliklah. Hari minggu pun nak memerap ke?"

"Ek, eleh. Siapa yang sebelum ni suka memerap? Aku ke kau?" Hafeeza mula bersemangat menjawab.

"So, disebabkan bukan senang aku nak ada mood keluar, jomlah kita keluar."

"Hahahha, kau nak pergi mana sebenarnya?"Hafeeza mula bangkit dan duduk bersila di atas katilnya.

"Mana-manalah. Asalkan aku tak nampak laptop tu."

"Hahhah, kau sorok jelah. Apa masalahnya. Kau duk mengadap kerja ke mengadap apa dari malam tadi?"

"Kerjalah, kalau aku duk mengadap boyfriend tercinta aku tak adalah aku sibuk nak keluar."

"Itulah, bawak-bawaklah belajar tinggal kerja kat ofis ye."

"hmmmmmm" Aflah mula buat-buat merengek untuk menarik perhatian Hafeeza.

"Mintak maaf, tak jalan dengan aku." Hafeeza membalas sambil menukar kedudukan kepada meniarap pula, ditariknya laptopnya dan mula mencari-cari sesuatu dari folder yang disimpannya di desktop laptopnya itu.

"Kau nak tengok apa lagi tu?"

"Aku tak sempat lagi tengok Prosecutor Princess last episode. Kau dah ulang dua tiga kali kan?"

"Mana ada? Baru Dua kali."

"Ulanglah jugak tu."

"Apa-apalah, kau memang puasa ke apa hari ni?" Aflah mula bercekak pinggang mengadap rakannya yang langsung tidak memandang reaksinya itu.

"Aku dah makan cereal tadi, cukuplah tu. Lunchlah pulak."

Aflah hanya mampu menepuk dahi dan membuat muka bengang dan buat-buat menrengus dan keluar dari bilik Hafeeza.

Dia mula mencari-cari apa yang boleh dimakannya dari peti ais.

"Bukan main banyak makanan dalam peti ais tu, yang kau sibuk nak keluar kenapa?" Terdengar Hafeeza menjerit dari dalam biliknya.

"Saja, sukaaaaaa." Aflah menjawab dalam nada geram.

"Mengada-ngada."Hafeeza maish belum berpuas hati.

Aflah hanya mencebik bibirnya sambil memandang kosong peti ais yang penuh berisi makanan. Ada epal, tembikai, pau segera, coklat, susu segar, corn flakes yang sudah dibuka, telur dan mentega kacang. Roti pun ada tersadai atas meja makan. Tapi disebabkan hatinya memberontak ingin keluar membuatkan dia tidak berminat untuk makan apa yang ada di depan mata. Akhirnya dia hanya menutup peti ais dan menuju pula ke kabinet dapur. Lantas dicapainya sebungkus maggi kari. Dicapainya periuk kecil, diisi air hampir separuh dan akhirnya dijerang di atas dapur. Sementara menunggu air mendidih, dibukanya kembali peti ais, cuba melihat apa yang boleh dikunyahnya sementara menunggu air mendidih.

Dicapainya sebijik epal hijau, dibasuh lalu dimakannya. Dia menarik salah satu kerusi di meja makan dan duduk sambil membelek-belek surat khabar yang entah bila tarikhnya.

..............................................

Orang agak ramai di Alamanda, Aflah dan Hafeeza hanya menyusuri barisan kedai yang terdapat di tingkat bawah dan atas kompleks membeli belah itu sambil sesekali singgah membelek-belek apa yang menarik. Namun tiada apa yang dibeli mereka. Sudah hampir dua jam mereka di situ, hanya sekadar makan dan berjalan-jalan.

Hafeeza akhirnya terpaksa akur dengan ajakan Aflah untuk keluar setelah penat mendengar rakannya itu merungut. Mereka keluar sejak dari pukul sebelas lagi.

"Nak pergi mana lagi ni? Dah habis satu kompleks kita pusing. Tak kan nak tawaf lagi kot?" Hafeeza mula menyuarakan kebosanan yang melanda setelah habis berpusing tanpa membeli apa-apa.

"Entahla, mana lagi ye nak pergi? jom duduk kat Starbucks jom."

"Ya Allah, kau ni buang tebiat apa la hari ni."

Aflah hanya membalas dengan senyum segaris yang langsung tidak ikhlas. Keletihan yang disebabkan kesibukan yang melampau sejak hampir sebulan lebih betul-betul memberi kesan kepada tahap kewarasannya. Hafeeza tetap menurut langkah Aflah walaupun masih bising merungut.

"Aku duduk, kau beli."

"Melampau tahap tak ingat, dahlah aku yang temankan kau, aku jugak yang beli. Mengada-ngada."

Tanpa membalas rungutan yang tidak putus daripada Hafeeza, Aflah mengambil tempat duduk di bahagian sudut sebelah kanan pintu masuk. Matanya memandang kosong ke arah luar cermin.

"Nah, air tuan puteri. Siap ais lebih secawan, nasib baik aku tak mintak sebalang."

"Heheheh, thank you." Di saat itulah dia terlihat seseorang yang dikenalinya.

"Eh, Assalamualaikum kak." Nuwair menegur dengan teragak-agak.

"Waalaikumsalam. Aaaa, jalan-jalan ke?" Aflah bersuara dengan nada yang biasa digunakan di pejabat.

"Tak jugak, teman mak beli barang."

"Oh, duduk sini ke?"

"Bangi kak."

Aflah hanya mengangguk mendengar jawapan Nuwair.

"Okaylah kak, saya pergi dulu."

"Okay. Bye." Aflah senyum ikhlas.

"Siapa pulak budak comel tu?"

"Comel? Kau ingat anak kucing ke apa?" Aflah kembali melihat ke luar cermin sambil menghirup airnya.

"Dah tu, kau nak panggil apa? memang comel pun. Kalau pakai tudung silap-silap ingat perempuan."

"Hahhaha, gila la kau. Kesian budak tu."

"Siapa?"

"Siapa, siapa?"

"Aku tanya siapa budak tu?"

"Haaaaa, budak baru kat ofis."

"Oooo, fresh grad ke?"

"Taklah, dah kerja setahun."

"Oooo, kau takde cerita pun."

"Tak sampai dua minggu lagi. Soalan, bila masa aku nak cerita? Dah habsi cerita lain ke sampai budak baru masuk pun aku nak cerita, plus dia belum menimbulkan apa-apa masalah untuk aku buka cerita pasal dia."

"Haah, kot kalau Kamil dan Liana rasanya dah penuh nama dia dalam register otak aku. Dia bawah sapa? Kamil ke Fatah?"

"Bawah aku. Sekali dengan Qaisara."

"Oh, Qaisara perlu pembantu ke?"

"Hmmm, aku rasa Qaisara yang akan jadi pembantu dia kot."

"Kot? Nape?"

"Entah, saja je cakap."

"Memang otak tak berapa nak waras lagi kau ni. Sepatutnya kau bawakla masuk dia masa audit. Bagi dia rasa sikit."

"He's from audit firm."

"Oh ye ke?"

Aflah hanya mengangguk sebagai respons kepada kemusykilan Hafeeza.

"Oklah maknanya dia, itu yang kau buat statement Qaisara yang akan jadi pembantu dia?"

"Ok, tapi tak jugak sebab tu. Entah, aku pun tak tahu apa aku jawab tadi. Abaikan jelah apa yang aku cakap."

"Kau agak, dah empat tahun kau kerja situ, dah banyak mana skru kau longgar? Ke dah ada yang tercabut?"

"Entah, ada ke? Agak-agak insurans cover tak kalau tahap kewarasan kita menurun akibat tekanan kerja."

"Kau bukak syarikat insurans sendiri jelah." Hafeeza menjawab sinis.

"Tak naklah, nanti orang lain tak boleh cari makan."

"Arghhhh, macam bagus je statement. Baliklah, nak tengok apa lagi ni?"

"Jom." Pendek jawapan Aflah seraya bangun meninggalkan Strabucks menuju ke arah mesin bayaran tempat letak kereta.

Monday, October 25, 2010

LIMA

"Kamil, berkumpul kat meeting room after 10 minutes, ajak Nadia sekali." Aflah membuat panggilan ringkas kepada Kamil sebelum membuat panggilan yang sama kepada Fatah dan Liana.

Dia bingkas bangun dari tempat duduknya dengan membawa sebeban dokumen yang baru diperolehi daripada Encik Ferhad.

Sewaktu melalui tempat duduk Qaisara dan Nuwair, dia memanggil kedua-duanya untuk menyertai mesyuarat tergempar dan ringkas itu.

"Assalamualaikum" Mula Aflah sebaik mengambil tempat duduk utama di dalam bilik mesyuarat Jabatan.

"Sorry for the short notice. I've received these documents from Encik Ferhad just now, need to be clarified asap. So, as you can see, these are documents pertaining to our last year audit, so kindly clarify each questions and documents as detail and accurate as possible, please. I do not want to answer these questions twice and provide the same documents over and over again. And again, please guys do it properly." Aflah bersuara tenang tapi tegas.

"Wah, aku punya ke yang banyak tu?" Kamil bertanya.

"Macam biasa, Payables, these are your parts, and fatah these are yours. So Nadia dengan Liana, tolong ye, tolong all supporting documents must be attached, without excuse."

"So, Nuwair, have you ever answer the audit queries?"

"Never."

"Have you ever raised one?"

"Yupp."

"so, I assume you know what exactly the auditors want, and i hope you can help Qaisara to furnish all the answers and documents related to GEneral Ledger especially for Fixed Assets. Ingat, most of the times the documents we need for audit also needed for tax queries, so pandai-pandai la susun elok-elok untuk senang cari ye."

"I'll try my best."

"Okay, Itu je. Kalau ada apa-apa kemusykilan silalah ye, tekan je sambungan 111, mana yang I boleh tolong I tolong ye. Ok, itu je. Thank you." Aflah menamatkan mesyuarat ringkasnya yang tak sampai 30 minit itu.

Langkah Aflah dimatikan oleh Fatah yang meminta pendapat tentang apa yang patut dibuat dengan soalan - soalan tertentu yang melibatkan keputusan daripada pihak atasan. Yang lain-lain bangun meninggalkan bilik mesyuarat. Yang tinggal hanya Aflah, Fatah dan Liana. Hmpir setengah jam mereka berdiskusi di situ sebelum masing - masing bersurai setelah berpuas hati dengan jawapan dan cadangan yang dibuat Aflah.

Sebaik kembali ke tempat duduknya, Nuwair datang untuk meminta penjelasan.

"Sorry kak, nak tanya sikit."

"No problem, apa dia?"

"Mana saya nak dapatkan copy geran lori ni."

"Ah, kejap" Aflah mengangguk sambil tangannya membuka kabinet khas di sebelahnya yang berkunci.

"Semua dokumen yang P&C, Agreement & Grant will be kept here. So you can ask me for the file. Buat copy, then pulang balik."

"Okay, thank you Kak."

"So, are you doing fine with the queries?"

"So far, yes."

"Okay." Aflah mengangguk sebelum membiarkan Nuwair berlalu.

Sambil membuat kerja, Aflah terfikir, dah seminggu budak tu bekerja di situ, rasanya boleh dibilang kot, berapa patah perkataan je yang keluar daripada Nuwair. Nak kata pemalu, taklah pulak. Nak kata tak mesra alam, tengok boleh je buat kerja dengan siapa saja. Mungkin budak tu tak suka bercakap kalau tak perlu kot. Fikir Aflah sendirian.


............................................

"Nuwair, there's something urgent suddenly need to be handled, so can you help me with it?" Aflah bergegas ke tempat Nuwair sebaik selesai membaca email yang baru diterimanya.

"I'll try." Seperti biasa, ringkas saja jawapannya dan tanpa bantahan.

"There's an issue with regards of our previous year physical stock count, i am not sure how the auditor suddenly came out with the issue. But, will you please go to our store and make a copies of the respected stock cards and bring them back here, do the reconciliation and clarify the differences if needed."

"Okay, understood. I'll go now."

"Oh, do you have any vehicle?"

"Yupp."

"Okay, you can claim the mileage. Aaaa make sure to punch out your attendance card before you leave."

"Allright sis."

Aflah hanya mampu tersenyum dengan jawapan-jawapan pendek daripada Nuwair. Sebaik melihat Nuwair berlalu, dia mendapatkan pula Qaisara.

"Qaisara, please make a copy for last year stock balance untuk akak. Urgent ye dik. Now."

"OKay Kak, saya cari dulu."

"Thanks."

Aflah kembali ke meja kerjanya dan mula membuka balik fail-fail di dalam komputernya yang melibatkan pengiraan stok akhir tahun yang dibuat bersama-sama auditor pada awal tahun baru-baru ini.

EMPAT

"Ini Kak Aflah, Akauntan kat sini merangkap bos kecik awak kat sini la." Umairah, Eksekutif Jabatan Sumber Manusia memperkenalkan Nuwair kepada Aflah secara berlawak setelah habis diperkenalkan kepada seluruh warga syarikat dan staf Jabatan Akaun.

"Kak Aflah." Aflah memperkenalkan diri.

"Muhammad Nuwair, panggil Nuwair je kak."

Aflah mengangguk sebelum menunjukkan tempat duduk Nuwair yang menghadap Qaisara secara langsung dan menghadap ke arahnya secara tidak langsung. Ini kerana, meja Qaisara terletak membelakangkan meja Aflah, namun kedudukan kedua-dua meja mereka agak jauh dari meja Aflah yang terasing sendiri.

"Nuwair duduk dulu, sekejap lagi akak cerita apa yang Nuwair perlu buat, akak nak reply one urgent email kejap ye. sambil-sambil boleh tanya Qaisara kalau nak tahu apa-apa."

Nuwair hanya membalas dengan anggukan. Sebaik Aflah berlalu, Aflah perasan Qaisara cepat saja menyoal itu ini dengan pekerja baru itu.

Aflah kembali ke mejanya dan ralit menjawab email yang diterima daripada bosnya. Setelah hampir sepuluh minit mengarang, akhirnya Aflah selesai dan menarik sehelai kertas yang sudah disiapkan sejak semalam dari atas tray kerjanya.

"Nuwair, Qaisara, kita discuss kat Discussion Room kejap."

Nuwair dan Qaisara serentak mengangguk dan kemudiannya mengekor Aflah ke bilik rundingan yang terletak di antara Receivable Section dan Payable Section.

"Assalamualaikum, i'll make it informal je ye."

"Nama akak, Nur Aflah, panggil Kak Aflah, I'm an Accountant here, dah empat tahun di sini. Overall, akak incharge everything related to accounts before semua benda sampai kat bos kita, Encik Ferhad. I'm not sure what have been told to you by him, but the Dept divided into three main sections, Receivables, Payables & General Ledger, anything that wouldn't fall neither in Receivables nor paybles will automatically fall under GL. So far, the Payables is supervised by Encik Ahmad kamil and Receivables by En Abdul Fatah, you will meet them often later on, The GL will be supervised by me, so directly you will be reporting to me, then. Currently, there is Qaisara is doing everything under GL sections, so you're going to work together with her from now onwards. So anything you would like to know?"

"Hmm, nothing, just looking forward for your guidance then."

"We'll guide each other in here. So, let's work together. So for the first task, you may go through the task listings under GL Sections, you may look into all the files and the system too. Anything kindly ask Qaisara or me directly."

"Okay, thank you so much."

"Welcome. i thinks that's all."

Aflah bangun untuk meninggalkan bilik rundingan sebelum dia teringat sesuatu.

"By the way, have you received your username and password for the system?"

"Belum lagi." jawab Nuwair ringkas.

"I'll let IT people know. Kalau tak dapat apa-apa before lunch, kindly let me know, okay?"


"Thanks again Kak." Nuwair menganggung sambil berterima kasih.

Aflah akhirnya berlalu meninggalkan Qaisara dan Nuwair yang kembali ke tempat duduk mereka.

"Nuwair, umur berapa ye?" Qaisara bertanya sebaik masing-maisng mengambil tempat duduk.

"Hmm, 24."

"Oh, samalah kita."

Nuwair hanya mengangguk. Nuwair agak kekok untuk menghidupkan suasana.

"Qaisara ye? Kalau nak tengok fail-fail ni kat mana ye?" Tanya Nuwair merujuk kepada nama-nama fail yang disenaraikan oleh Aflah.

"Oh, semua fail General Ledger Sections ada kat rak no 3-5. Rak No 1 dan 2 biasanya khas untuk Kak Aflah. So, apa-apa yang berkaitan dengan Gl ada kat rak no tiga hingga lima. Memang dah ikut susunan, kalau ambik make sure letak ikut susunan balik ye. Kak Aflah sangat-sangat fussy pasal susunan ni."

"Okay, I will. thanx." Nuwair mengangguk sebelum bangun menuju ke rak-rak yang ditunjukkan oleh Qaisara tadi.

Setengah hari berlalu begitu sahaja bagi NUwair. Dia leka membelek fail-fail yang tersusun kemas di atas rak-rak yang sudah berlabel itu.

"Assalamualaikum"Nuwair mendongak kepala sebaik mendengar salam diberikan.

"Waalaikumsalam."

"Kamil, siapa ye nama tadi?" Kamil memperkenalkan diri sebelum bertanya nama Nuwair.

"Nuwair."balas Nuwair ringkas.

"Ha Nuwair, dah nak lunch ni, ada program sendiri ke macam mana?"

"Tak ada bang."

"Ha, jom kita keluar lunch. Qaisara tak nak ikut abang Kamil ke?"

"Abang nak pergi mana? Siapa lagi bang? Aci ke ikut ni?"

"Tak ada sape, Abang Fatah dah keluar. Athiyah kot."

"Kak Nad?"

"Kak Nad keluar dengan Kak Liana dengan Kak Ma."

"Oh ye ke? Kak Aflah."

"Haah, kejap nak pergi tanya dia kejap."

"Ala abang ni, seganlah kalau ada Kak Aflah."

"Apa kau nak segan, dia bukan ambik kisah hal kau pun."

"Ish, segan la."

"Ish, Athiyah ada. Kejap ye Nuwair, nak pergi tanya bos kecik." Kamil memandang sekilas ke arah Nuwair yang hanya memerhati perbualannya dengan Qaisara sebelum menuju ke meja Aflah.

"Aflah!" Kamil menyergah Aflah yang sedang tekun mengadap komputernya sambil mendengar lagu melalui headphonenya yang comel.

"Kau ni! apa dia?"

"Kau tak reti-reti nak pergi makan ke?"

"Dah lunch ke?"

"Dah, pukul satu lima minit dah."

"Ha???" Aflah menyinsing sedikit lengan baju kurungnya untuk melihat jam di tangan kanannya.

"Kau keluar dengan siapa lagi ni?" Tanya Aflah sambil bersiap-siap untuk mengekor Kamil.

"Athiyah, Qaisara dan budak baru, Nuwair."

"Okay-okay, kau turun dulu, aku nak kemas kejap ye."

"Okay, tunggu kat bawah ye." Kamil mengingatkan dan berlalu pergi.

...................................................................

"Since ada budak baru ni, kau belanja la ye." Kamil sibuk mengumpan setelah masing-masing memesan makanan panas.

"Aku belanja budak baru je la, kau budak lama belanja diri sendiri la." Aflah buat-buat tak faham dengan ayat Kamil.

"Cett kedekut. Tak baik tahu kedekut, gaji banyak-banyak, kau nak simpan buat apa."

"Simpan buat suka-suka. Yang kau datang restoran ni kenapa. tak saja-saja nak kena menunggu. Korang tak kisah ke nak makan goreng-goreng ni?" tanya Aflah

"kau je lah yang kecoh, orang lain tak ada hal pun."

"Haah, semua tak berani nak lawan kau, aku je yang berani."

"Sorrylah Nuwair ye, Aku kalau dengan Aflah ni memang tak leh nak aman, tapi kami memang kamceng."

"Sape entah kamceng dengan dia, perasan betul." Aflah menjawab kosong sambil matanya memandang sekeliling.

"Kau duduk area sini ke Nuwair?"

"Saya stay Bangi."

"Oh, Bangi. Duduk sendiri ke dengan family?"

"Family."

"Ooo, duduk dengan family. Dah lama dah duduk situ?"

"Dah lama dah, dari kecik."

"Aaaaa."

"Kau ni dah-dah la nak interview orang, buat orang tak senang duduk je."

"Ala, aku tanya soalan umum, lainlah kau tanya mau soalan teknikal, lagi pening mamat tu nak jawab."

Aflah hanya mencebik mendengar jawapan Kamil.

"Kesian kat Athiyah dengan Qaisara, kalau aku angkut kau sekali memang sure budak dua orang ni terus jadi pendiam."

"Apa salah aku pulak, Eh, adik-adik silalah bersembang, ni bukan ofis lagi pulak tak ada benda akak nak tegur-tegur kat sini."

"Taklah kak. Kitorang okay je." Athiyah bersuara lembut. Qaisara hanya menyepi. Aflah tahu Qaisara kurang selesa dengan kehadirannya.

Setelah hampir lima belas minit menunggu, akhirnya makanan mereka sampai. Mereka khusyuk mengadap makanan kecuali sesekali terdengar suara Kamil berbasa basi menegur Nuwair, dan mengusik Athiyah atau Qaisara. Aflah buat endah tak endah je.

Mereka pulang ke pejabat setelah selesai makan, mereka tiba agak lambat di pejabat lebih kurang sepuluh minit selepas pukul dua dan siap dijeling oleh Encik Ferhad. Hanya Aflah yang buat muka tak faham, yang lain semua menunduk sewaktu dijeling Encik Ferhad.

Hari pertama Nuwair berlalu dengan pantas.

Sunday, October 24, 2010

TIGA

"Dah call ke company baru tu?" Nuwair hanya mengangguk menjawab pertanyaan abahnya.

"Tak menyesal ke ni?"

"Dah berhenti pun dari sana bah. just go for it je la."

"Hmm, dah mama bising, nak buat macam mana. Tak apalah, okaylah tu nanti. esok start kan?"

"Haah, esok. Hmm, okay kot. Mama mana bah?"

"Atas, solat Asar. Kamu dah Asar?"

"Dah, baru lepas."

"Nak keluar kejap la bah, tengok-tengok kalau ada orang main bola."

"Haah, pergilah."

.................................................

"Wah potong rambut baru, kau nazar apa ni Way?" Tegur Rafiqi, kawan baiknya yang duduk di kawasan perumahan yang sama dengannya sebaik melihat Nuwair menghampiri padang bola.

"Mana ada, esok nak start kerja barulah." Jawab Nuwair ringkas.

"Haahlah, aku lupa. So macam mana?"

"Macam tu jelah. Esok pergi jelah."

"Macam tak ada semangat je."

"Tak tahu apa perasaan aku sendiri sekarang ni."

"Ada jugak manusia macam kau ni."

"Hmm, Insya Allah okay kot."

"Okaynya. syarikat kecik pun ada jugak benda boleh belajar."

"Harap-haraplah."

Masing-masing membisu sambil memerhatikan kanak-kanak sedang bermain bola.

"Ni, kita ni tak ada orang ke nak main bola ni?' Rafiqi bertanya memecah kesunyian.

"Orang tak balik kerja lagi kot." Nuwair menjawab sambil matanya masih ke arah padang.

"Mungkinlah, sekejap lagi kot. Tak nampak Hamdi pun?"tanya Rafiqi lagi.

"Dia ada aktiviti kat sekolah kot."

"Haah, semua ada komitmen, kau pun kalau time kerja bukan senang nak nampak batang hidung, weekend pun payah. Esok-esok dah start kerja balik, kembali asal la kau ni."

Nuwair hanya tersenyum nipis sebagai reaksi kepada sindiran temannya itu.

Hampir Maghrib baru Nuwair pulang setelah akhirnya berpeluang bermain bola, apabila rakan-rakan di kejiranannya itu mula pulang dari tempat kerja.

"Main bola ke Nuwair?" tanya Puan Hamizah yang sedang menyiram pokok sebaik melihat anak keempatnya itu pulang.

"Haah, dah lama tak main bola dengan Rafiqi."

"Oh, Rafiqi ada sekali, Hamdi tak ada ke?"

"Dia ada aktiviti di sekolah agaknya, tak ada pulak tadi Ma."

"Ha, dah naik mandilah, dah nak Maghrib dah. Kamu nak ke surau ke?"

"Nak rehat kejap Ma. Dah habis ke siram pokok Ma?"

"Belum, sikit lagi."

"Nak Nuwair sambung ke?"

"Tak payahlah, Mama sambil-sambil nak ambik angin ni ha."

"Okaylah Ma, naik dulu."

Puan Hamizah hanya menggangguk sambil sibuk memerhatikan pokok-pokok bunganya itu.

..................................................

Nuwair masih belum mampu melelapkan mata. Semenjak pulang daripada berjemaah di surau bersama-sama abahnya Isyak tadi, dia hanya menjamah sedikit nasi dan kemudiannya hanya menghadap komputer ribanya, puas bermain game dan membaca artikel di blog-blog kegemarannya, dia berbaring, namun dia masih belum boleh tidur. Biasanya dia orang paling cepat tidur tanpa perlu memikirkan apa-apa. Dia sendiri tidak tahu apa yang mengganggu fikirannya. Nak dikatakan pasal berhenti kerja, dia tidak pula merasa terganggu saat menghantar surat pemberhentian kerjanya dua minggu lalu. Nak dikatakan menyesal kerana memilih tawaran bekerja di Syarikat All Food Supplies juga bukan. Dia sendiri tidak tahu apa yang menggangu fikirannya.

'Tak sudah aku kalau terus berfikir. Kalau ada masalah bolehlah jugak fikir cara nak selesai, masalah pun tak tahu di mana, macam mana nak cari jalan penyelesaian?' Monolog Nuwair sambil matanya menghadap syiling. komputer ribanya yang terpasang di meja tulis, dibiarkan sahaja tanpa mengusik apa-apa.

Letih berfikir tanpa mengetahui apa titik masalahnya, Nuwair bangun mengambil wudhuk, solat sunat dua rakaat sebelum kembali ke tempat tidurnya. Setelah setengah jam berusaha mengulit mata, akhirnya dia terlelap.


....................................................
Nuwair terjaga daripada tidurnya apabila alarm di telefon bimbitnya berbunyi menandakan pukul enam pagi, biasanya dah berapa kali alarmnya itu berbunyi, dia akan masih lena. Tetapi tidak hari ini, mungkin kerana masih dihantui dengan perasaan yang tidak menentu yang membuatkan tidurnya juga tidak lena.

"Aik? dah bangun?"

Nuwair hanya mengangguk dari tikar sembahyangnya sebaik mamanya masuk untuk mengejutkannya.

"Mimpi apa ni? Ke semangat baru nak kerja tempat baru?"

"Taklah Ma, terjaga awal."

"Ha yelah, turunlah breakfast. Abah belum balik surau lagi. Makanlah dulu, nak pergi kerja pun awal lagi, kalau dulu yelah nak kena redah KL, ni setakat Putrajaya taklah jauh mana."

Nuwair hanya mengangguk sebagai respons kepada saranan mamanya itu.

Nuwair turun sarapan setelah mengenakan pakaian sukannya.

"Ni nak pergi mana pakai macam ni pulak ni?"

"Jogging kejap la Ma"

"Sempat ke?"

"Baru pukul 6.50 Ma, nak pusing kejap satu round, nanti balik Nuwair makan."

"Ha, yelah."

Nuwair menghirup teh panas yang disediakan mamanya sebelum berlalu keluar.

Walapun suasana masih gelap, orang di sekeliling sudah mula keluar rumah untuk menghantar anak ke sekolah dan untuk ke tempat kerja. Dia hanya berpusing di sekitar barisan rumahnya sahaja. Setelah tiga puluh minit, dia kembali ke rumah. Abahnya sudah pulang dari Surau.

"Awal Nuwair pagi ni." Tegur Abah sebaik Nuwair duduk menghadap abah di meja makan.

"Tak berapa lena semalam."

"Kenapa?"

"Tak tahulah Abah, nak start kerja baru kot." Nuwair menjawab dengan yakin padahal dia sendiri tidak tahu apa punca fikirannya tidak tenteram.

"Aaaa, tak ada apa-apalah tu."

Nuwair mengangguk sambil terus menyudu nasi goreng dari pinggannya.

DUA

"I've sent the first draft to you already. Haven't you received it? Yesterday at 8.45pm. Okay. Allright then."

Aflah hanya mampu mengeluh sebaik meletakkan gagang telefon. kadang-kadang timbul rasa bengang dengan ketua unitnya, Encik Ferhad, dah la dia balik awal saat orang tak balik duk siapkan kerja, alih-alih datang pagi boleh main aci redah je, tuduh orang tak siapkan kerja. Kalau dah diri sendiri tak check email janganlah nak laju je main tembak orang.

"Qaisara!, make sure you print the Fixed Assets Listings updates and request the copies of all the supporting documents for those assets from Payables Unit. File it properly. do not forget all the bank reconciliations too."

"Ok, kak. Supporting documents semua dah ada kak, saya filing je terus dengan listings kan kak?"

"Agak-agak ada lagi tak yang awak kena buat?"

"Aaaaa, ada lagi ke kak?"

"Tiap bulan mesti tanya soalan yang sama ke?"

"Itu je kak."

"Check balik fail yang bulan-bulan lepas, tengok balik apa lagi agak-agak yang awak kena masukkan."

"Okay kak." Iryz Qaisara menjawab lemah. Iryz Qaisara, Eksekutif Akaun yang baru menyertai syarikat sejak lima bulan lalu.

"Qaisara, akak pergi tempat Kamil sekejap."

"Okay kak."

..............................................................

"Nadd, anak kau dah sihat ke?" Tanya Kamil sebaik Nadia mengambil tempat duduknya.

"Alhamdulillah, pagi tadi okay dah sikit. semalam je dia buat perangai tak nak tidur." Jawab Nadia sambil tangannya lincah menekan butang power pada komputernya.

"Apasal kau tak EL je?"

"Hahhaha, itu soalan ikhlas ke buat-buat tanya tu?"

"Ikhlas la, dah anak sakit. Kau ingat aku zalim sangat ke?"

"Ek eleh, pastu nanti bising-bising kata awal-awal bulan ni la sibuk nak ambik cuti."

"Ish, aku bising kalau Aflah mengamuk kat aku je. Hehehe, aku pas-pasla sikit kat kau."

"Cettt. menyampah aku." Nadia mencebik bibir tanpa mengalihkan pandangan daripada skrin komputer.

"Ha, mengutuk aku." Aflah menyampuk sebaik menghampiri meja Kamil dan Nadia. Mereka berpusing serentak.

"Kau ni pasang cctv ke pasang sesungut ke pasang satelit ni? Tau aje kalau aku duk mengumpat." Kamil menjawab tanpa ada perasaan takut langsung, mengenali Aflah yang tidak ambil kisah tentang apa saja yang orang bualkan tentang dirinya.

"Standardla aku, instinct kuat apa."

"Mil, aging payables, mana? Kau ni nak aku turut satu-satu."

"Tengah duk mengadap la ni cik kak ooi. Kau ni pun sabar-sabar la, semalam aku duk pulun
tengok transactions."

"memang suka kejar kau."

"Haah, kau tahap kedengkian kat aku memang tinggi kan?"

"Sukaaaaa apa. Nad, anak kau dah ok?"

"Alhamdulillah, okay dah sikit."

"Hmmm, tak cuti je hari ni?"

"Tengok? Aflah pun bagilah kalau kau cuti anak sakit." Aflah hanya menjungkitkan mata bertanya, tidak tahu situasi sebenar sebelum dia sampai di situ.

"Tak, tadi aku dah tanya dia kenapa tak EL je, dia kata karang aku mengamuk. Aku akap la aku mengamuk time kau mengamuk je."

"Aku mengamuk kalau kau tak check habis-habis kerja diorang. Sampai kat aku haru biru, sampai aku pun confuse mana yang betul mana yang tak."

"Hahaha, Entahlah kau ni Nadd, yang kena mengamuk aku, bukan kau." Kamil masih tak berpuas hati dengan kata-kata Aflah.

"Okaylah pakcik, sejam je ye. Pukul 10, tak ada email. Siapla aku bagi email berantai."

"Kejiiii punya kawan."

"Nasib la kan. Nad, kalau nak balik bagitau ye." Aflah berpesan sebelum berlalu dan menuju pulak ke tempat Fatah.

"Kan ke aku dah kata, ambik je lah cuti hari ni." Kamil masih belum selesai dengan topik perbualan asalnya tadi.

"Tengoklah dulu, aku nak habiskan prepare documents untuk contra nih. Dah siap nanti aku isi borang."

"Okay-okay. Haaa contra, jangan tak siap karang kena lagi aku dengan mak nenek tu."

"Tengok!!!!! baru je aku kata, pastu ada hati tanya aku kenapa datang kerja hari ni"

"Hheheheh, standardla."

..............................................

Aflah kembali menatap laporan bulanannya yang masih tergendala. Walaupun Management Accounts sudah keluar, laporan masih belum dapat disiapkan. Sehingga Draft Management Account diluluskan oleh pihak atasan dan laporan bahagian Payables dan Receivables diterima, Monthly Department report belum boleh dikeluarkan. Sedang dia menatap laporannya di skrin komputer, telefon di atas mejanya berbunyi.

"Hello, Accounts, Morning."

"Hello, Aflah, Ferhad sini, see me for a while."

"Okay." Jawab Aflah tegas.

Aflah berlalu menuju ke bilik En Ferhad. Dia mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik ketu Unitnya itu.

"I've received the email and I am still looking into it, I'll email to the boss if I find everything is allright and I will let you know then."

"Okay. is that all?"

"Satu lagi, there's new executive coming in tomorrow."

"New Exec? I didn't remember request for a new one."

"It's for back up, I think Qaisara is not up to the pace i'm hoping for."

"So I'll put him under General Ledger Unit, so you will supervise him directly under you together with Qaisara. I think this person is going to be fine. He's from one of the best Uni, and his academic and co curricular achievement are quite impressive. So I think he's going to catch up really fast."

"Hmm, make me wonder, why on earth he's coming here if he's that great."

"There's family issue, katanya. So kita tengoklah macam mana."

"Okay, fresh grad?"

"Nope, one year experience."

"Aaaa, from which co?"

"Audit Firm, Big 4."

"Hmm, make me nervous then"

"Tengoklah macam mana."

"Okay, we will see then."

"Okay, that's all."

"Okay."

Aflah kembali ke tempat duduknya dan mengadap kerjanya sambil masih berfikir-fikir kenapa ada orang bijak pandai yang tiba-tiba nak masuk syarikat yang tak berapa besar ni.

SATU

"Kak Aflah, Encik Ferhad nak salinan department report bulan lepas."

"Soft copy ke hard copy? Kalau hard copy cari kat rak no 2 dari sebelah kanan middle shelf, ada fail Monthly Report."

"Haah, hard copy."

"
Fatihah, jangan lupa buat salinan dan letak balik yang asal kat tempat dia." Aflah mengingatkan sebaik melihat Fatihah mengambil laporan yang diperlukan dari failnya. Matanya kembali menatap ke skrin monitor.

Awal bulan masa yang paling kritikal untuk Jabatan Akaun. Semua orang kejar laporan bulanan. Dan kerja Aflah pula mengejar anak - anak buahnya untuk memastikan semua data, dokumen sudah diperolehi, dimasukkan dan dikemaskini di dalam sistem.

Jabatan Akaun yang mempunyai tenaga kerja seramai 10 orang termasuk Aflah sendiri. Namun, dengan bebanan tugas yang semakin bertambah, setiap orang merasakan tidak cukup kakitangan setiap kali akhir bulan. Belum lagi dikira waktu setiap suku tahunan dan akhir tahun.

Teringatkan masih menunggu kemaskini daripada bahagian-bahagian lain, pantas tangannya mengangkat telefon.

"Mil, apa cerita ni? Payable tak habis update lagi ni."

"Rileks kawan, aku tengah kejar ni. Hehehe, by twelve aku ensure all the datas are in."

"
Aku tengah rileks la ni, nak buat kerja pun tak boleh, selagi korang semua tak update data."

"Heheheh, Fatah dah habis ke?"

"Sama la korang ni, nak aku kejar manjang. Cepat sikit. By twelve eeee, kalau kul 11.59 email x masuk, tunggulah aku duk tercongok depan kau."

"Hahahha, marilah duk tercongok sekarang. hehehe."

"Tunggu aku bawak pembaris kayu yang panjang tu ye."

"Wah gila zalim kau ni. Wokey-wokey bos. Coming up right away."

Sebaik menamatkan panggilan dengan Syed Ahmad Kamil, Eksekutif Kanan Akaun Bahagian Payable, Aflah menekan nombor sambungan Fatah, Eksekutif Kanan Akaun bahagian Receivable.

"Assalamualaikum." salam diberikan Fatah sebaik mengangkat gagang.

"Waalaikumsalam. Fatah, dah habis belum?"

"Belum la kak. Sikit lagi ni. Lagi sejam saya update akak ye."

"Okay-okay, cepat sikit ye."

Berbanding Kamil yang berusia 27 tahun, Fatah yang berusia 28 tahun lebih senang membahasakan dirinya Kakak. Mungkin kerana Fatah baru lagi di situ, setahun lebih bersama syarikat tersebut berbanding Kamil, yang boleh dikatakan masuk sama waktu dengan Aflah, lebih kurang empat tahun yang lalu. Dan mungkin kerana panggilan dan mungkin juga kerana status bujang yang sama dengan Aflah, Kamil lebih bersikap terbuka dan rapat dengan Aflah berbanding Fatah.

Matanya kembali menatap skrin komputer sambil tangannya laju menekan papan kekunci. Aflah sedang membetulkan rangka laporan untuk bulan ini. Dia hanya perlu menyiapkan rangka laporan terlebih dahulu, apabila semua data sudah dimasukkan ke dalm sistem kelak, dia hanya tinggal mengambil data tersebut untuk dimasukkan ke dalm laporan Jabatan Bulanan.

Aflah sudah hampir empat tahun bekerja di All Supplies Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memasarkan segala jenis bahan - bahan masakan. Daripada asalnya sebuah syarikat kecik, syarikat itu kini mempunyai hampir 150 orang pekerja. Daripada urusan bernilai ratusan ribu, kini nilai jualan mencecah hampir sepuluh juta setiap bulan. Dan kini, syarikat itu sudah bertukar hakmilik. Dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat yang didagangkan di bursa saham menyebabkan akaun bulanan mereka perlu ditutup tepat pada masanya.

Sedang sibuk Aflah meneliti rangka laporannya, Fatihah datang memulangkan laporan yang dipinjamnya tadi.

"Kak Aflah, Tihah dah letak ye kak."

"Ok, Fatihah. thanks." Jawab Aflah tanpa matanya beralih dari skrin komputer.

"Kak, Encik Ferhad pesan, kalau akak free sekarang, dia suruh jumpa dia kejap."

"Fatihah nampak akak free tak ni?" Aflah menjawab tanpa sedikit pun mengalihkan panadangannya.

"Hehehe, Tihah sampaikan je kak. Nanti Tihah bagitau Encik Ferhad."

Aflah hanya mengangguk.


.....................................

"Nadd, kau semak balik transaction transportation tu, aku rase amaun dia tak tie dengan payment. Recheck please." Kamil menegur Nurnadia, yang bertanggungjawab mengemaskini akaun pemiutang.

"Okay-okay. Yang lain dah ok ke Mil?"

"Kejap aku tengah tengok-tengok lagi. Banyak lagi ke tak masuk ni?"

"Almost done dah, Athiyah, ade lagi Purchase tak key in ke?" Jawab Nadia sebelum bertanya kepada Athiyah, kerani akaun di situ.

"Ada sikit lagi kak."

"Cepat sikit Athiyah, karang Kak Aflah datang sini, ha baru pucat kamu."

"Baik kak, tengah key in ni. Sistem ni slow sangat kak."

"Kalau Kak Aflah datang, abang pun tak boleh tolong ye Athiyah." Kamil menyampuk perbualan Nadia dan Athiyah.

"Ek eleh, sejak bilanya yang kau nak jadi the protector tu?"

"Dengki tak sudah, sama je kau dengan Aflah kan?"

"Sama tapi tak serupa, kalau kena haruk dengan aku-aku pun kena gak. hahaha."

"Hahhaha, betul-betul. jangan duk gelak sangat karang dia dengar, pantas aje dia smapai duk tercongok depan meja aku ni karang. Shhh, buat kerja." Kamil menyambung kerja sambil menahan gelak.

Payables atau Bahagian Pemiutang ialah bahagian yang menguruskan setiap transaksi yang melibatkan pembelian barangan secara kredit dan pembayaran kepada pemiutang terbabit. Mempunyai tiga orang tenaga kerja yang diketuai oleh Syed Ahmad Kamil, dia dibantu oleh Eksekutif Akaun Nurnadia dan juga seorang kerani Nur Athiyah. Nadia menyertai syarikat itu dua tahun lepas sedangkan Athiyah baru bersama syarikat itu tidak sampai lapan bulan. Masih banyak yang sedang dipelajarinya.

Walaupun berlainan bahagian, keseluruhan Jabatan Akaun diletakkan di tingkat yang sama. Kedudukan meja Aflah yang jauh ke dalam dan berada di tengah - tengah jabatan membolehkan Aflah memerhatikan keseluruhan Jabatan Akaun dari tempat duduknya, berbeza dengan kedudukan bilik Encik Ferhad yang terletak betul-betul sebelah pintu sebaik memasuki Jabatan Akaun.